JOJIE
JOJIE 

Bagi para peminat tegar Ratu Rock negara, Ella, nama Jojie sangat sinonim kerana beliau adalah kakak kepada Ella dan juga pernah menguruskan karier seni Ella selama 31 tahun.

Manakala Korie pernah tampil berduet dengan kakaknya, Ella dan merupakan artis tanah air yang low profile.

Malam ini, Jojie dan Korie mempunyai sesuatu untuk diperkatakan termasuk tentang perkembangan diri masing-masing dalam bidang pilihan.

Katanya, Korie bakal tampil dengan single dan bagi mendapatkan kesahihan tentang khabar angin itu, apa kata malam ini, diajukan pertanyaan tersebut kepada empunya tubuh.

Pastinya pengalaman Jojie mendampingi Ella menjadi topik perbualan segmen Jom Chat yang dihoskan oleh Apak.

Minggu ini juga merupakan minggu ketiga Jom Chat ditaja. Bermula dengan penajaan produk frozen lamb grill with honey rosemary dan frozen chicken grill with honey rosemary dari NA Singnature, minggu lepas Jom Chat ditaja oleh Sabak Salai dari Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan yang terkenal dengan daging, itik, ayam kampung, ikan keli dan burung puyuh salai.

Malam ini, Jom Chat ditaja oleh Delisha Deli dari Shabana Food Industry. - UTUSAN ONLINE