Pasangan ini bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada 10 Julai lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Betty dan Bruce dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 6, dan Bruce Dean Dargus, 4.

Kata Betty kepada Hits, dalam keadaaan sekarang, tiada apa yang perlu diperkatakan lagi lantaran semuanya berbalik kepada jodoh yang sudah tidak berpanjangan antara mereka.

Kata artis berdarah campuran Arab ini, perceraian yang berlaku seminggu lalu dibuat secara diam-diam kerana dia bukan orangnya yang menghebohkan masalah peribadi.

“Orang yang kenal saya tahu saya jenis macam mana. Kahwin dulu pun saya tak heboh-heboh. Jadi soal ini pun saya buat diam-diam sebab saya bukan jenis nak membuka aib sesiapa,” katanya.

Tabahlah Betty. Mengenali pelakon ini, dia memang wanita yang kuat semangat dan cekal.

Apa yang pasti, hubungan dia dan bekas suaminya masih baik demi membesarkan anak-anak yang memerlukan kasih dan sayang.