Bertempat di Hotel Marriot Putrajaya, tiga rumah pertubuhan diraikan dalam acara yang cukup istimewa. Antaranya dari Kau Yang Teristimewa Care (KYT), Ryan’s Special Need Care dan Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang.

Mereka berzumba dan bernostalgia bersama penyanyi Ku Tak Ingin Sendiri itu.

Malah, Dave mengabdikan sambutan ulang tahun dengan memasak capati istimewa buat tetamu yang diundang, Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media House Entertainment (MHE), Datuk Seri Zaienal Abidin Omar dan Tan Sri Syed Yusof Syed Tahir. “Dalam apa juga keadaan, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk sentiasa menyambut ulang tahun dengan insan istimewa begini. Saya bersyukur kerana masih terus diberikan kesihatan yang baik dan berkongsi rezeki dengan mereka.

“Saya seronok melihat insan-insan ini bergembira dan menjadi tetamu kehormat dalam majlis ulang tahun saya.

“Menyambut usia 71 tahun, perjuangan saya tetap sama iaitu untuk membantu lebih banyak orang melalui kerja-kerja amal dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (Ykat),” katanya.