ALLAHYARHAM PAK NGAH

Utusan Online difahamkan ketika ini jenazah Allahyarham masih berada di hospital di Batam, Indonesia.

Jenazah Allahyarham Pak Ngah yang juga terkenal dengan julukan Bapa Irama Malaysia dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.

Menurut anak Allahyarham, Megat, sebelum menghembuskan nafas terakhir, bapanya ada mengadu sakit dada serta sesak nafas pada 21 September lalu.

“Kami membawanya ke hospital dan doktor memasukkan oksigen. Namun, Allahyarham masih sesak nafas dan mula tidak sedarkan diri sejak lima hari lalu,” ujar Megat. - UTUSAN ONLINE