Menurutnya, tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi insiden yang sedang dilalui oleh pelakon lelaki berusia 36 tahun itu.

"Sebagai kawan saya tak boleh ulas banyak sebab tak tahu hal sebenar. Yang boleh dikatakan, kita sebagai orang luar tak payahlah nak jadi penyiasat tak bertauliah.

"Jangan jatuhkan hukuman sebelum tahu hal sebenar kerana perkara itu boleh tambah tekanan kepada dia.

"Saya sedar kejadian ini sedikit sebanyak mencalarkan kredibiliti dan imej dia sebagai anak seni. Tapi yang boleh kita lakukan ialah lebih baik berdiam diri atau keluarkan kata-kata positif," katanya ketika ditemui pada final pencarian Gadis Panca-NR 2017 yang berlangsung di Dewan Utusan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE