Memetik laporan portal hiburan Indonesia, kapanlagi.com, pengurus Zaskia, Muhaimin berkata, aktres tersebut berada dalam keadaan yang baik dan sihat selepas pembedahan dan bakal kembali ke Jakarta pada Sabtu ini.

“Zaskia menjalani pembedahan untuk program kehamilan. Dia dan suaminya berada di Kuala Lumpur sejak Selasa lalu dan dijangka kembali ke Jakarta pada Sabtu ini,” ujarnya.

Sebelum ini, gambar Zaskia lengkap berpakaian hospital sebelum pembedahan yang dimuat naik oleh Irwansyah di laman sosial miliknya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Ini berikutan teman baik kepada pelakon Laudya Chyntia Bella ini tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sedang mengalami kesakitan yang serius.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun namun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. - UTUSAN ONLINE