INDAH RUHAILA lebih senang memberikan tumpuan kepada karier berbanding kisah peribadi. Gambar NOOR AZLINA JAAFAR - UTUSAN ONLINE

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah ini, kisah lama yang sudah pun berlalu tidak perlu diungkit lagi dan dia kini hanya mahu memberi lebih fokus terhadap kerjayanya yang dilihat semakin menyinar.

Tambahnya, dia juga tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak terutama keluarganya dan memilih untuk tidak menjawab soalan berbaur peribadi khususnya tentang status.

“Sekarang saya lebih selesa begini. Kalau hendak kata berkawan, ya memang diakui saya sedang berkenalan dengan seseorang tapi tak lebih daripada itu. Soal cerita lalu, saya tak selesa untuk menjawabnya.

“Lagipun, saya sekarang mahu fokus kepada kerjaya seni. Selepas keluar AF Megastar, tawaran persembahan semakin meningkat. Ternyata program tersebut memberi impak kepada kelangsungan kerjaya saya.

“Yang tanya saya fobia atau trauma ke dengan kisah lalu? Jawapannya tidak. Tetapi cukup sekadar itu kenyataan saya. Saya tak mahu cerita lebih,” katanya yang bakal tampil dengan single baharu tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE