Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Imej baharu Kristen Stewart

MENJADI antara bintang paling berani memotong pendek rambut merupakan antara perkara 'gila' yang pernah dilakukan oleh Kristen Stewart. Dia yang muncul dengan gaya botak membuatkan imej terbarunya itu mendapat perhatian ramai daripada peminat.

KRISTEN STEWART
KRISTEN STEWART

Mengakui agak sukar untuk membiasakan diri dengan rambut pendek berkenaan, tentu sahaja ada yang melihat wanita berkenaan dari sisi berbeza. Ada yang menyukai dan tak kurang juga yang melihatnya dengan pandangan yang aneh.

Dijemput sebagai tetamu menerusi rancangan Late Show With Stephen Colbert baru-baru ini, mantan kekasih Robert Pattinson ini mengakui belum terbiasa dengan imej baharu itu.

“Aku tak belum berhenti menyentuh kepala sendiri sejak memotong pendek rambut ini. Selalunya aku sentuh untuk menata rambut ke belakang seperti dahulu tapi tertanya semuanya sudah tak seperti dahulu,” katanya lagi.

Ini bukan kali pertama pelakon yang terkenal dengan filem Twilight Saga ini mengubah imej rambutnya. Terdahulu dia juga pernah melakukan beberapa perubahan rambut yang pasti mencuri perhatian ramai. Namun hanya kali ini dia berani memotong terlalu pendek.

Membuat kemunculan kali pertama ketika tayangan filem Personal Shopper minggu lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), lensa kamera tidak berhenti-henti merakamkan imej pelakon berkenaan yang hadir berbeza kali ini.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan