Ujar Hilal yang juga merupakan seorang pengarah serta penulis skrip, kelas tersebut akan berlansung di studionya yang berlokasi di Syaeba Pictures, Bandar Baru Selayang.

“Yuran penyertaan untuk kedua-dua hari adalah RM300 sahaja dan tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada bakat-bakat baharu untuk mendalami ilmu industri seni.

“Sebelum ini, program yang sama pernah disertai oleh artis baharu seperti Bella Nazari dan beberapa lagi dan kami sangat terbuka jika ada pihak yang mahu turut serta dalam modul yang akan dikongsikan nanti,” katanya kepada Utusan Online, baru-baru ini.

Sementara itu, wakil Zana Entertaiment, Aslam Yusoff yang sering bertindak sebagai pencari bakat lakonan menerusi beberapa filem seperti Tombiruo, Polis Evo dan beberapa lagi berkata, peluang ini adalah sesuatu yang tidak wajar dilepaskan.

Katanya, ramai orang teringin mahu menjadi pelakon tetapi langsung tiada ilmu tentang dalam bidang lakonan mahu pun suasana berada dalam set penggambaran yang sebenarnya.

“Kesudahannya, ia boleh menjejaskan jadual produksi dan menyebabkan ruang masa orang lain turut terganggu.

“Sehubungan itu, kami adakan kelas sebegini untuk berkongsi ilmu. Bila lagi orang ramai boleh mendapat informasi secara terus daripada penggiat industri itu sendiri? Inilah masanya,” katanya.

Jika berminat untuk menyertai Bengkel Lakonan 2018 ini, orang ramai boleh menghubungi 011-23373533 (Zana Entertainment) untuk tujuan pendaftaran. – UTUSAN ONLINE