Ismail Izani

Mengakui kesilapan datang daripada dirinya, Ismail, 18, mahu peminat serta warganet yang mengecam perkara tersebut agar bersabar dan menunggu kenyataan yang bakal membongkar cerita sebenar di sebalik kontroversi itu.

Ismail berkata, dia sudah memohon maaf dan mengaku salah namun masih ada baki cerita yang belum dikeluarkan untuk membersihkan namanya yang menerima kecaman bertubi-tubi dalam media sosial ekoran isu tersebut.

“Berdiam diri tak bererti kita kalah atau salah. Masyarakat tidak boleh pandang saya seperti semua kesalahan itu datang daripada saya dan mereka betul. Saya harap semua sabar.

“Saya tahu batas saya. Semua ini pengalaman yang paling teruk saya pernah hadapi sepanjang 18 tahun saya hidup. Sangat sangat kesal dengan kontroversi yang berlaku. Satu pengajaran untuk diri sendiri,” katanya.

Ismail sebelum ini dihimpit kontroversi apabila Fathia memuat naik (sudah dipadam) sekeping gambar yang menunjukkan Ismail sedang memeluk rakan baiknya, Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam.

Kontroversi tersebut semakin panas apabila Zarina kemudiannya memuat naik gambar dengan kapsyen mengatakan dia sedang sakit tonsil dan bukan mengandung anak Ismail. - UTUSAN ONLINE