Filem arahan sutradara hebat, Guy Ritchie itu turut menampilkan gandingan pelakon ternama, Matthew McConaughey dan Kate Beckinsale.

Henry menerusi laman sosial, Instagramnya berkata, dia dibesarkan dengan filem arahan Ritchie, Lock Stock and Snatch dan mengakui tidak sabar untuk berlakon di bawah pengarah hebat itu.

Filem yang mengisahkan pertembungan antara dua generasi industri penyeludupan dadah yang tercetus apabila seorang pembekal dadah cuba menjual perniagaannya untuk mengaut keuntungan.

Pelakon berusia 31 tahun itu juga bakal bergandingan dengan pelakon wanita popular, Blake Lively menerusi filem A simple Favor dan terpilih menjadi teraju utama dalam filem Last Christmas bersama Emilia Clarke.- UTUSAN ONLINE