Ini kerana buat pertama kalinya, penyanyi Haqiem Rusli dan Ismisham yang dikatakan banyak persamaan dengan Haqiem, diundang sebagai artis undangan.

Haqiem yang berjaya mencipta nama dan mengumpul peminat menerusi lagu hitsnya seperti Tergantung Sepi merupakan artis baharu yang berpotensi.

Bagaimanapun, Haqiem tidak dapat menepis apabila dirinya terpalit dengan kontroversi sehingga memberi kesan ke atas perjalanan karier seninya.

Haqiem terus bangkit dan bersifat cekal sepertimana lagu Jatuh Bangun dendangannya, tiada istilah mengalah sepatutnya ada dalam kamus hidup anak muda ini .

Ismisham satu nama yang terlalu hijau dalam dunia hiburan tanah air. Ruang dan peluang baginya untuk melakar nama sebagai artis, memerlukan sokongan semua pihak.

Umpama pepatah Melayu yang berbunyi, mana nak dapat sago kalau tidak dipecahkan ruyungnya.

Untuk mengenali siapakah Ismisham Othman dan mengetahui apakah yang menguatkan semangat Haqiem Rusli untuk bangkit dan keluar daripada dibelenggu kontroversi, tonton Jom Chat yang dihoskan oleh Apak di Facebook Utusan Online malam ini. - UTUSAN ONLINE