Pencapaian tersebut sekali gus menyaksikan naskhah itu meleburkan rekod RM19.04 juta dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 selaku karya paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.

Justeru, Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh mewakili kesemua tenaga produksi mengucapkan terima kasih kepada para penonton yang meluangkan masa untuk memenuhi kira-kira 146 panggung wayang.

HKL yang dibintangi pelakon handalan seperti Delimawati, Datuk Awie, TJ Isa, Sharwani, Allahyarham Rab Khalid, Zul Ariffin, Mus May dan Ropie Cecupak itu masih rancak ditayangkan. - UTUSAN ONLINE