Pada masa sama, Alif atau Muhammad Alif Mohd. Satar turut mengumumkan dia bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu sementelah Shadila disahkan hamil buat kali keempat.

“Setelah diuji dengan keguguran anak ketiga, kami menerima ujian tersebut dengan penuh reda.

“Namun tidak lama selepas itu, ada hikmah yang menanti kami setelah Shadila kembali hamil, sekali gus mengubati kekecewaan dialami,” katanya.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran enjin carian Salam Web di Subang hari ini.

Dia menambah, seisi keluarganya teruja untuk menyambut kelahiran ahli baharu yang dijangka pada Oktober ini.

“Menerusi pemeriksaan kesihatan, doktor maklumkan kandungan isteri sihat.

“Keputusan ujian imbasan kandungan akan diketahui pada Jumaat ini dan mengharapkan kehadiran anak lelaki sulung dalam keluarga kami,” pintanya memanjatkan doa.

Pasangan yang berkahwin pada September 2014 itu telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca, 2. - UTUSAN ONLINE