Kemenangan Fitri yang tampil solo itu sekali gus menewaskan lima finalis lain iaitu Adeep Nahar (naib juara), Awi Rafael (ketiga), kumpulan Inteam (keempat), duo Heliza Helmi & Hazwani Helmi (kelima) dan kumpulan Brothers (keenam).

Selaku juara, peserta tersebut membawa pulang wang tunai RM100,000 yang merupakan ganjaran utama, manakala RM30,000 untuk Adeep dan RM20,000 milik Awi.

Sementara itu, tiga lagi pesaing iaitu Inteam menerima wang sebanyak RM15,000, Heliza dan Hazwani (RM10,000) serta Brothers (RM5,000), di samping sebuah trofi iringan untuk semua.

Seramai 11 peserta dipilih menyertai GGV 2 dan lima daripadanya disingkirkan sebelum tiba acara kemuncak yang diadili dua juri tetap iaitu Farihin Abdul Fatah dan Oki Setiana Dewi serta juri undangan, Datuk M. Nasir.

GGV julung kali dianjurkan pada tahun lalu dan UNIC muncul pemenang sulung program berkenaan. - UTUSAN ONLINE