AMIRA OTHMAN tidak mahu memikirkan soal cinta lagi.

Amira, 25, berkata, dia bagaimanapun enggan terlalu memikirkan soal cinta dan mahu memberi sepenuh perhatian kepada perkembangan kerjayanya terlebih dahulu.

“Baguslah, saya gembira untuk dia. Saya ada menjemput dia di majlis pelancaran single baharu sebelum ini. Siap suruh bawa teman wanita baru lagi. Benda dah lepas dan masing-masing dah meneruskan kehidupan.

“Saya tak nak terburu-buru cari pasangan takut salah jumpa pula. Tapi kalau boleh tak nak orang dalam kalangan industri,” katanya.

Dalam pada itu, Amira juga menetap usia 27 sebagai umur untuk dia mula memikirkan soal kahwin.

“Kalau tak ada juga, saya serahkan kepada ibu bapa saya. Saya percaya kepada mereka. Mesti nak yang terbaik untuk saya kan,” katanya.- UTUSAN ONLINE