Berada pada kedudukan pertama carta sohor kini, lagu ini adalah rakaman semula dan pernah pernah dirakamkan Raihan ketika Alif berusia tujuh tahun.

 Alif juga mengagumi kehebatan Raihan yang tidak pernah jemu menyampaikan lagu-lagu dakwah. Menerusi entri dalam laman Instgramnya, Alif menyifatkan kolaborasi bersama Raihan adalah satu mimpi yang jadi kenyataan.

“Guys, thank you for 1 million views on youtube ‘Sesungguhnya 2019’. Alhamdulillah… A dream come true working with my heroes growing up,” tulisnya.

Paling menarik, Alif bakal mengadakan persembahan amal untuk mengutip dana Pertubuhan Komited Malaysia pada 17 Mei di Bora Ombak, Putrajaya pukul 4 petang.

Istimewanya, Raihan turut diundang dan ia bakal menjadi persembahan pertama mereka bersama Alif utuk menyanyikan lagu tersebut.

Siapa yang mahu saksikan persembahan amal ini boleh hubungi di talian 011-56866963.

Apa yang pasti, lagu Sesungguhnya 2019 yang sudah berusia 22 tahun itu memang sangat indah, merdu dan senikatanya sangat bermakna.

Terbuai perasaan apabila insan-insan seni ini bergabung suara mengalunkan lagu tersebut.