Dalam perkongsian Fizo di laman sosial Instagramnya, pelakon lelaki itu turut memuat naik kapsyen berbentuk seolah-olah luahan hati anaknya yang berusia dua minggu.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan saya dan juga kepada ibu yang bertarung nyawa melahirkan saya.

“Empat tahun ibu dan ayah menanti kehadiran saya dan pastinya, nenek dan atuk paling gembira kerana saya cucu pertama. Tok Ma (ibu Fizo) pun gembira kerana satu permintaan yang belum tercapai iaitu melihat anak Fizo.

“Alhamdulillah, semoga kehadiran saya membawa keberkatan dan kegembiraan kepada semua orang. Doakan saya menjadi anak yang solehah,” tulis pelakon itu. - UTUSAN ONLINE