Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fizi Ali elak dugaan bertunang

KUALA LUMPUR 17 Julai - Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali tidak mahu melihat status bertunang sebagai sesuatu yang memberi tekanan pada hubungannya bersama dengan pelakon Shakilla Khoriri.

FIZI ALI dan tunangnya Shakilla Khoriri.

Menurut Fizi, dia cuba untuk bertolak ansur dan menyelesaikan masalah yang muncul sebaik mungkin demi hubungan tersebut.

“Saya kalau boleh tak mahu percaya dengan dugaan bertunang seperti yang diberitahu orang lain.

“Memang takut kalau saya diduga tetapi sebolehnya, kita selesaikan masalah dengan baik dan elakkan perkara yang pasangan kita tidak suka,” katanya kepada Utusan Online.

Fizi bertunang dengan Shakilla semalam pada satu majlis yang diadakan di kawasan kediaman pelakon wanita itu di Sungai Buloh, Selangor.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dihadiri kira-kira 300 orang saudara mara dan rakan-rakan mereka berdua.

Ditanya mengenai tempoh pertunangan mereka, jelas Fizi, dia meletakkan tempoh di antara enam hingga setahun sebelum diijabkabulkan sebagai suami isteri.

“Kami kena tengok pada jadual masing-masing terlebih dahulu. Kalau boleh, lagi cepat lebih bagus,” katanya.

Memandangkan jarak kediaman antara Fizi dan Shakilla tidak jauh, mereka sepakat untuk mengadakan satu majlis sahaja.

“Kita buat satu majlis sahaja supaya lebih senang dan menjimatkan. Lagipun rumah keluarga kami tidaklah begitu jauh,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan