HAIRUL AZREEN
HAIRUL AZREEN

Ini yang digambarkan dalam kes membabitkan pelakon Hairul Azreen apabila filem lakonannya langsung tidak mendapat sambutan di kalangan peminat dia. Kata jumlah pengikut di laman sosial mencecah 3 juta, tetapi bila keluar filem di pasaran, hampas. 

Malang sungguh apabila filem Qhaliq yang menyaksikan Hairul sebagai bintang utama hanya mengutip jumlah RM14, 196.50 sen selama berminggu-minggu di pawagam sejak mula ditayangkan pada 14 Jun lepas.

Situasi ini adalah salah satu contoh di mana walaupun seseorang artis atau selebriti itu mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial bukan jaminan bahawa produk mereka mampu akan disokong peminat. Itu hakikat dan realiti yang wajar diketahui ramai.

Memanglah, dalam kes Qhaliq ini, barangkali kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100 peratus pada bintang utama. Mungkin juga ada faktor lain yang menyumbang kepada kegagalan filem itu. Mungkin dari aspek jalan cerita yang tidak kuat, barisan pelakon lain yang kurang menyerlah atau masalah promosinya tak menyeluruh, apa sahajalah. Tetapi bayangkan, kalau hanya 10 peratus daripada 3 juta peminat Hairul datang dan beri sokongan kepada filem itu, taklah kutipan sebegitu daif, kan?