Fendy yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Isnin lalu mengakui, tahap kesihatannya tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Ironman pun boleh sakit, takkanlah abang yang macam ni tak boleh sakit? Cuma, hangpa (kamu) doakanlah yang baik-baik buat abang,” seloroh Fendy di Instastory.

Pada masa yang sama, Fendy berharap agar peminat jangan mempercayai sebarang berita atau laporan yang tidak berasas.

Tambahnya, seandainya dia benar-benar sihat, Fendy akan mendedahkan cerita yang sebenarnya.

“Sekarang ini, abang hanya perlukan rawatan, bukan untuk dilawat. Sesiapa yang nak beri hadiah, tak payah susah-susah. Kirimkan doa pun tak apalah,” katanya. - UTUSAN ONLINE