Ketika majlis kejutan hari jadinya yang berlangsung di Shah Alam semalam, Fazura yang kini berada di New York, Amerika Syarikat menghadiahkan sekotak besar coklat, 50 kuntum bunga ros merah serta kad ucapan berbentuk hati.

Kad tersebut tertera nama ‘My Fattah YPC’ yang merupakan panggilan ganti diri Fattah iaitu ‘Yang Paling Comel’.

Sementara itu, menurut salah seorang peminat, jumlah bunga ros merah yang diberikan membawa makna cinta tanpa syarat.

Bukan sahaja memberi hadiah kejutan ketika majlis tersebut, Fazura turut memuat naik gambar Fattah di laman Instagram miliknya dengan ucapan selamat hari lahir.

“Selamat hari lahir Abdul Fattah bin Mohd Amin. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmatimu dengan takdir kebaikan di dalam dunia sampai akhirat. Amin Allahuma Amin,” tulisnya.

Lebih mengujakan peminat-peminat mereka berdua, Fattah turut membalas ucapan Fazura di ruangan komen dengan menggunakan panggilan ganti nama Fazura iaitu ‘Yang Paling Manis’.- UTUSAN ONLINE