Bagaimanapun menurut Fattah, dia dan keluarganya telah menghantar rombongan merisik dan bertunang pada 13 November lalu.


“Kami tidak bernikah di Mekah seperti yang didakwa. Malah kami juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk resepsi hotel dan sebagainya.


“Sebaliknya yang kami rancang selepas ini adalah untuk melalui proses pernikahan seperti orang lain.


“Malah kami sendiri merancang untuk pergi kursus kahwin seperti pasangan lain yang ingin bernikah. Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk kami bernikah,” jelasnya.

Pasangan itu mengadakan sidang akhbar khas pada lewat petang ini bagi menjelaskan kedudukan sebenar status mereka.


Mengenai pertunangan yang dirahsiakan itu, menurut Fazura, mereka sudah sepakat dengan ahli keluarga yang lain untuk memberitahu perkara itu selepas menunaikan ibadah umrah.


Menurutnya, mereka tidak mahu perkara pertunangan itu menganggu ibadah mereka ketika di Mekah.


Dalam pada itu, Fattah memberitahu, majlis pernikahan mereka nanti akan diadakan secara tertutup atas permintaan ahli keluarga.


“Saya minta kepada semua untuk beri ruang peribadi bagi majlis pernikahan kami.

“Tetapi kami dalam perancangan untuk mengadakan dua majlis resepsi. Satu untuk ahli keluarga dan media sebagai tanda menghargai rakan-rakan media dan satu lagi untuk peminat,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE