Upacara tersebut diadakan di kampung halaman ibu Fasha di Perlis dengan disaksikan ahli keluarga, saudara dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai berkenaan.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya bergelar suami kepada Fasha. Saya bersyukur Fasha adalah jodoh saya dan semestinya mengharapkan agar perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

“Doakan juga agar kami berdua cepat-cepat dapat anak. Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan media kerana meraikan ma­j­lis ini,” kata Aidil kepada wartawan sejurus selepas majlis pernikahannya.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua Fasha dan pertama kali buat Aidil. Pasangan tersebut bakal me­ngadakan majlis resepsi di kampung halaman Aidil di Rembau, Negeri Sembilan secara besar-besaran pada April ini.

Pasangan itu bertunang secara tertutup di Ampang, Selangor pada 18 November tahun lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.