Sebaliknya, Faizal menjelaskan, tindakannya menyembunyikan kesemua foto yang telah dimuat naik di laman Instagram miliknya sebelum ini adalah atas dasar logik akal sendiri.

“Jujurnya, saya tak tahu pun ada artis lain yang pernah menggunakan strategi serupa untuk mempromosikan karya mereka.

“Secara logiknya, saya menyembunyikan (archived) semua foto itu dan mahu pengikut media sosial saya fokus terhadap entri berkaitan Ragaman sahaja.

“Jika ada artis lain berbuat demikian rupa, itu hanyalah kebetulan,” jelasnya.

Faizal berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran single baharunya berentak reggae dan diilhamkan daripada filem Madu Tiga arahan Allahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee.

Terdahulu, antara artis luar negara yang pernah menggunakan cara sama untuk mempromosikan lagu mereka ialah Miley Cyrus dan Taylor Swift.

Sementara itu, mengulas lanjut tentang Ragaman, penyanyi berkenaan akui dia bersedia untuk membuat pembaharuan terhadap karier nyanyiannya.

“Memandangkan lagu ini bergenre reggae, saya telah bersedia mempersiapkan diri untuk menari sesuai dengan rentak dipersembahkan.

“Pada usia 40 tahun ini, tiba-tiba saya inginkan sesuatu yang unik berbanding karya-karya terdahulu.

“Sebab itu saya pilih irama ini untuk diketengahkan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE