FADZLI FAREAST
FADZLI FAREAST

Selain itu juga Fadzli turut  memenangi dua lagi kategori iaitu Anugerah Vokal Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik. Hadiah terkumpul untuk ketiga-tiga kategori ini juga melayakkan Fadzli membawa pulang wang tunai berjumlah RM13,000 dan kepingan emas berjumlah RM 18,000.

Manakala di tempat kedua  dengan hadiah wang tunai berjumlah RM 8,000 beserta kepingan emas bernilai RM 13,000 pula dirangkul oleh Lah Ahmad melalui lagunya Salam. Manakala di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM 5,000 dan kepingan emas bernilai RM 6,000 pula dimenangi  lagu Jalan Syahadah nyanyian Daqmi 

Selain itu Anugerah Lirik Terbaik  dimenangi Hafiz Hamidun melalui lagu Penyelamat. Dalam pada itu kumpulan Simfoni dan kumpulan Al- Manna merangkul dua kategori Anugerah Artis Baru Terbaik pula dimenangi Anugerah Muzik Video Terbaik dimenangi. Untuk setiap kategori ini pemenang masing- masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500  dan kepingan emas bernilai RM1,500.

Sementara itu sejumlah 30 buah lagu berentap di pentas suku akhir sebelum hanya 10 sahaja yang dipilih untuk ke pentas akhirAN17. 

Seramai enam juri yang diketui Farihin Abdul Fatah, Rozman Shafie, Amran Omar , Norkhayati Mohd.Hashim(Baiduri), Siti Hajar Ismail dan Juliza Adzlizan Abdul Rafar juga diberi kepercayaan untuk membuat penilaian setiap persembahan pada malam ini. -UTUSAN ONLINE