Ini merupakan persembahan kedua Suwanai bersama MPO sejak 2008. Suwanai adalah pemenang termuda di Pertandingan Antarabangsa Tchaikovsky pada 1990. Beliau juga telah bekerjasama dengan ramai konduktor dan orkestra simfoni tersohor di serata dunia.

Konsert anjuran MPO dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia itu, turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang juga penaung MPO.

Konsert istimewa itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara kedua-dua negara dari segi muzik.

Menariknya, konsert satu malam ini dihiasi dengan empat muzik klasikal simfoni karya agung ciptaan Mozart, Haydn, Brahms dan Sarasate yang dipimpin Alexander Briger dari Australia.

Terdahulu, Dr Mahathir yang mengenakan kemeja putih dan berkot coklat cair tiba pada kira-kira 8.40 malam dengan diiringi isteri, Dr Hasmah, disambut oleh Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta Ketua Pegawai Eksekutif MPO (amp) DFP, Sareen Risham. - BERNAMA