DIANA AMIR lebih berminat dengan dunia pengacaraan.

Mengakui akan perihal itu, kata Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hisham, 31, ketika ini dunia pengacaraan lebih sesuai buat dirinya. Malah selepas bergelar ibu, dia yakin kerjaya sebagai pelakon bukan lagi pilihan utama.

“Sekarang saya lebih selesa dengan dunia pengacaraan sahaja.

“Berlakon kita tahu waktunya kerjanya yang tidak menentu tetapi kalau pengacaraan lebih fleksibel yang dalam masa yang sama sesuai untuk saya,” katanya.

Tidak mengatakan dia mahu melupakan terus dunia lakonan, Diana bagaimanapun sangsi dengan kemampuan tawaran yang datang dalam menepati pilihannya.

“Saya rasa mungkin bukan sekarang untuk saya berlakon, rezeki buat masa ini lebih kepada pengacaraan.

“Tetapi kalau ada tawaran, ada ke yang sesuai untuk wanita seperti saya?,” tambah Diana yang kini dilantik menjadi Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 (MVM).

Bercakap mengenai penglibatannya, Diana berharap lebih ramai anak muda turut menyertai program yang dianjurkan MVM.- UTUSAN ONLINE