Semua orang tahu DSV ialah jutawan kosmetik dan pengasas produk Pamoga dan Qu Puteh adalah anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang.

Aura DSV amat kuat dan tidak hairanlah, strategi pemasaran DSV untuk melariskan produk-produk keluarannya turut melonjakkan namanya sebagai seorang usahawan.

Berani melangkah garisan yang membataskan dirinya hanya sebagai usahawan biasa-biasa, DSV mencetuskan satu fenomenanya yang tersendiri apabila beliau membuat satu pelaburan yang besar untuk muncul dengan single berjudul I Am Me.

Memang DSV bukan seorang penyanyi tetapi berpijak di atas penghasilan single pertamanya itu, DSV menjadi popular dan mampu menjadi penaja bagi stesyen penyiaran yang berkait rapat dengan hiburan.

Buat julung kalinya, DSV tampil dalam segmen bual santai Jom Chat pukul 9 malam ini.

Sama ada DSV berbicara pasal produk Vida Beauty atau pun bercakap tentang single terbaharunya berjudul Sayang Pulanglah Sayang, apa kata anda tonton Jom Chat yang berdurasai satu jam malam ini. - UTUSAN ONLINE