Namun, pelantun lagu Jodoh Berdua dan Kasih Padamu ini mengaku sedang mengenali hati beberapa orang wanita ketika ini.

Malah, perubahan yang belaku kepada penyanyi ini dengan susuk tubuh yang sedikit berisi, ramai yang beranggapan Hafiz sedang berbahagia.

Mengakui hal tersebut kata Hafiz, dia menjalani hidup yang lebih selesa berikutan beberapa perkara positif berlaku dalam kerjaya dan hubungan dengan orang sekeliling.

“Mungkin fasa pening kepala saya dulu (kes penceraian) sudah lama habis, jadi jiwa saya rasa lebih tenang.

“Saya akui sedang berkawan dengan beberapa orang wanita tetapi hubungan tersebut masih awal. Rasanya lebih baik relaks sahaja dan usah terburu-buru kerana saya yakin cinta itu akan datang pada saatnya,” kata Hafiz.

Akui yang dia lebih cerewet lantaran pengalaman silam memberi ilmu untuk menilai orang bukan hanya secara luaran.

“Bukan sahaja mahu memilih tetapi masa yang betul juga perlu dalam soal cinta atau nikah. Maksudnya jangan terlalu mendesak diri sebaliknya ambillah masa sebanyak mungkin untuk mengenali seseorang yang bakal menjadi isteri.

“Cukuplah perkahwinan lalu memberi pengajaran,” kata Hafiz.

Malah dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi untuk mencari wanita yang sempurna kerana semua manusia ada kelemahannya,

“Kadang-kala bila saya sukakan seseorang, dia sudah berpunya. Bila ada wanita ingin dekat, saya pula yang tidak berkenan. Saya pernah terjumpa dengan wanita yang membuatkan saya tenang tetapi tidak serasi pula.

“Jadi, saya tidaklah mengharapkan kesempurnaan pasangan yang mungkin tidak wujud pun dalam imaginasi saya. Paling penting adalah memahami, membahagiakan dan menyenangkan. Ciri-ciri ini sudah cukup untuk saya,” kata Hafiz yang melalui episod perkahwinan kontroversi dengan pengusaha kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017.

Mengenai penyanyi Wany Hasrita, ada yang pernah bertanya sama ada mereka punya sesuatu yang istimewa.

“Kami hanya kawan. Wany bakal muncul dengan lagu ciptaan saya. Wany berbakat dan dia boleh pergi jauh dengan pakej lengkap yang dimiliknya,” kata Hafiz yang kini sibuk menyiapkan lagu untuk Erra Fazira, Ifa Raziah dan Wani Shaz selain menguruskan artis baharu naungannya Muaz yang muncul dengan lagu berjudul 5 Minit.