Acara yang dihoskan oleh Datuk Dr. Fazley Yaakob itu akan berkongsi pengalaman artis-artis yang terlibat dalam perniagaan sehingga berjaya kepada orang ramai.

“Tidak salah kalau kita sama-sama berkongsi pengalaman dalam bidang perniagaan. Kalau saya boleh, semua orang pun boleh supaya menjana pendapatan lebih,” katanya.

Selain Fazley, pengunjung berpeluang ‘mencuri’ ilmu perniagaan dari dua lagi selebriti, Nubhan dan Izzue Islam yang turut berkongsi pengalaman mereka.

Tidak setakat itu, orang ramai juga berpeluang bertemu dengan barisan artis popular antaranya, Datuk DJ Dave, Zamani Slam, Shima, Fara Hezel dan ramai lagi yang akan memeriahkan program.

Fiesta MED selama tiga hari yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan itu akan berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Selain berjumpa artis, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan seperti Pidato Cilik / Nasyid, Forum Muzikal Islamik, pertandingan melukis kanak-kanak, Gusti Lengan Mr. Melaka, Zumba Aloha Melaka dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga acara Battle Orang Muda yang akan mempertaruhkan bakat-bakat kumpulan baharu yang berminat dalam dunia muzik dengan menyediakan hadiah wang tunai kepada juara sebanyak RM2,000, RM1,500 (naib juara) dan RM1,000 (ketiga.).

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar dijemput hadir memeriahkan program sepanjang berlangsung kerana kesemuanya adalah percuma. – UTUSAN ONLINE