Bintang dangdut kembali bersatu
Ifa Raziah

Selaku Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia, Ifa dibantu oleh timbalannya, Sheeda serta dua naib presiden, Mas Idayu dan Amelina bagi merealisasikan penganjuran konsert berkenaan yang julung kali diadakan.



“Persatuan ini ditubuhkan secara rasmi pada April lalu bertujuan untuk menaikkan semula irama dangdut di Malaysia selain menjaga kebajikan artis-artis yang berterusan memperjuangkannya sehingga ke hari ini.



“Tetapi sebelum itu, kami akan menghasilkan kira-kira empat buah lagu dangdut nyanyian secara duet atau berkumpulan untuk menyemarakkan penganjuran Konsert Mega Bintang Dangdut Malaysia.



Tambah Ifa Raziah, konsert itu akan berlangsung tanpa henti selama 10 jam yang menghimpunkan nama-nama lain seperti Datuk M. Daud Kilau, Zaleha Hamid, Ani Mayuni, Shikin, Tushee, Leina Hangat, Haiza, Haida, Anis Anessa, Linda Eva dan ramai lagi.


Penyanyi itu berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran Persatuan Bintang Dangdut Malaysia, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE