Pengarah Urusan ACG, Nik Mohd. Fareez Nik Ahmad Azman berkata, produk baharu itu akan memberikan lebih pilihan kepada rakyat untuk jenis silinder LPG yang ingin digunakan.

Katanya, ACG merupakan operator ketujuh yang akan terlibat dalam pemasaran LPG ke  Malaysia dan syarikat tersebut telah diberikan subsidi pengendalian LPG oleh Kementerian Kewangan pada November 2018.

“Bagi mencapai akses pasaran tempatan dan global, majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM1.2 bilion untuk tempoh lima tahun telah diadakan,” katanya pada majlis pelancaran ACGAS di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE