Pada usia 22 tahun, dia sudah bergelar pelakon, penyanyi, pengacara dan usahawan berjaya. Tapi laluan yang ditempuh untuk mengecapi kejayaan itu bukan semudah berjalan di pusat beli-belah.

Macam-macam si cantik ini perlu hadapi. Tapi Poklip bukan hendak cakap tentang itu.

Baru-baru ini, ada pelakon lelaki meluahkan rasa bengang dalam media sosial tentang pengacara sebuah rancangan hiburan.

Ramai peminat yang mengaitkan status itu dengan Janna. Memang sebelum ini, ada pihak yang kurang berpuas hati dengan pemilihan pelakon tersebut sebagai pengacara.

Tapi Poklip tabik dengan Janna kerana berani mengambil cabaran dan risiko biarpun ramai yang mengecam dan menghentam. Poklip ada juga menonton beberapa episod rancangan hiburan tersebut.

Bagi Poklip, sebagai seorang anak seni yang bermula sebagai pelakon kemudian menyanyi dan seterusnya mengacara, banyak ruang yang perlu untuk memperbaiki teknik pengacaraannya.

Tidak bolehlah sekali mengacara terus sempurna, kan?

Jadi bagilah peluang untuk Janna belajar. Jangan terus menghentam dan mengkaji setiap kesilapan yang dilakukan. Kalau mahu menegur, gunalah platform dan kata-kata positif.

Jangan mengherdik atau mengecam tanpa melihat ke cermin dahulu. Sempurna ke mak cik dan pak cik bawang semua? Cuba bagi sekali mengacara, mesti kelam kabut juga, kan?

Janna pun belum setahun mengacara rancangan tersebut, maka Poklip harap dia juga seharusnya mengambil setiap kritikan positif sebagai satu ruang untuk terus memperbaiki teknik pengacaraan. Gitu!

Buktikan kemampuan di pentas pengacaraan kerana kehebatan Janna dalam lakonan memang tidak dapat dinafikan. Bidang nyanyian pun rasanya boleh tahan kerana dia sudah ada tiga single.

SOLOK LADA: Tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli, Datuk A. Aida dan Ariff Aziz yang bakal bernikah pada Sabtu ini. Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga syurga.