Dianggotai oleh tiga sekawan, Dona terdiri daripada Mell Ahmad (gitar), Sandra (vokalis) dan Lii, pemain keyboard.

Mell Ahmad atau pemilik nama sebenar, Zulkifli Ahmad adalah anak kelahiran Temerloh, Pahang manakala Allesandra Dianne Ampuria atau nama pentasnya, Sandra berasal dari Tuaran, Sabah. Beliau dari suku Kadazan Dusun.

Pemain keyboard Dona, Lii berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan mereka tampil pada pukul 5 petang ini secara langsung, menghiburkan para pelayar Utusan Online yang mengikuti segmen Busking Bersama Buskers. - UTUSAN ONLINE