Federline menjelaskan wang saraan yang diberikan Spears sebanyak RM80,000 sebulan itu tidak lagi mencukupi memandangkan tawaran pekerjaannya sebagai penari ketika ini tidak lagi seperti 10 tahun lalu.

Jelas Federline lagi ketika ini juga gaji bulanan yang diterima dirinya hanya RM12,000 sekaligus menyebabkn dia gagal memberikan kehidupan yang lebih mewah buat kedua anak mereka Sean, 12, dan Jayden, 11.

Sementara itu, selain Sean dan Jayden, Federline juga turut mempunyai empat lagi orang anak yang tinggal bersama.

Tambah Federline, disebabkan masalah kewangan ini dia juga tidak mampu menyediakan rumah yang lebih besar sehingga menyebabkan dua anaknya bersama Spears itu berkongsi satu bilik.

Malah melalui pemohonannya di mahkamah juga, Federline yakin pendapatan Spears yang mencecah RM135 juta setahun itu juga perlu dinilai kembali.

Jelasnya, ini perlu dalam memberi gambaran yang lebih jelas tentang jumlah sebenar wang saraan yang perlu diberi Spears kepada dia untuk memastikan kedua anak mereka mampu mengekalkan kehidupan yang sama ketika berada bersama ibu mereka. - UTUSAN ONLINE