Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Beauty and The Beast ditunda bukan salah LPF

Beauty and The Beast
Antara watak yang terdapat dalam filem Beauty and The Beast

KUALA LUMPUR 13 Mac- Lembaga Penapisan Filem (LPF) menafikan dakwaan pihaknya sengaja menunda tayangan filem Beauty and The Beast yang sepatutnya ditayangkan 16 Mac ini.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah meluluskan filem tersebut untuk ditayangkan namun penundaan tayangan itu bergantung kepada penerbit filem lakonan Emma Watson dan Dan Stevens itu.

“LPF meluluskan filem itu untuk ditayangkan setelah memotong beberapa babak yang mengandungi adegan sensitif seperti homoseksual.

Beauty and The Beast
Beauty and The Beast

“Mengapa filem tersebut ditunda, itu perlu tanya pihak penerbit filem itu sendiri. LPF tidak mempunyai apa-apa masalah setelah potongan babak dilakukan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Filem muzikal itu sepatutnya ditayang 16 Mac depan ditunda berikutan ada adegan yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat.

Penundaan filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menunggu dengan penuh harapan untuk menonton filem arahan Bill Condon.

Utusan Online difahamkan filem tersebut akan ditayangkan pada 30 Mac ini. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan