Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Beauty and the Beast dibenarkan untuk tayangan

SKMM PORTAL
MENTERI Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melihat Portal SEBENARNYA.MY selepas pelancarannya di Auditorium Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Cyberjaya di sini,hari ini. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Halim Shafie. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

CYBERJAYA 14 Mac - Kuasa membabitkan penapisan filem di negara ini terletak pada Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Justeru, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, isu penangguhan filem Disney, Beauty and the Beast di negara ini bukan di bawah kuasa kementeriannya.

“LPF di bawah KDN yang memmpunyai hak untuk menapis segala filem yang datang dari luar negara. Justeru, kenalah tanya mereka kedudukan dan cerita sebenar.

“Saya ingatkan bahawa penapisan filem bukan di bawah kuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atau KKMM,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan portal sebenarnya.my di sini hari ini.

Semalam, Lembaga Penapisan Filem (LPF) menafikan dakwaan pihaknya sengaja menunda tayangan filem Beauty and The Beast yang sepatutnya ditayangkan 16 Mac ini.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah meluluskan filem tersebut untuk ditayangkan namun penundaan tayangan itu bergantung kepada penerbit filem lakonan Emma Watson dan Dan Stevens itu.

Penundaan filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menunggu dengan penuh harapan untuk menonton filem arahan Bill Condon.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai cadangan DAP agar media arus perdana menyiarkan secara langsung debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Salleh mengambil langkah untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen.

“Saya tiada sebarang komen, maaflah. Tiada sebarang komen,” ujarnya.

Pada 4 Mac lalu Nazri mencabar Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya umum akan datang di Padang Rengas yang diwakilinya sejak 1995.

Bagaimanapun, dua hari kemudian Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak bercadang untuk kembali menyertai pilihan raya lalu mencabar Nazri berdebat pula.-UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan