Menjadi antara peserta kegemaran untuk melangkah jauh dalam pertandingan tersebut, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile tidak mahu keadaan itu menjadi halangan yang membantutkan niatnya bergelar penyanyi disegani.

“Tidak dinafikan, BS 2018 merupakan pertandingan terbesar pernah saya sertai dan ternyata memberi tekanan hebat ke atas diri saya.

“Bagaimanapun, saya enggan mengaku kalah terlalu awal, sekali gus memusnahkan impian yang telah diimpikan sekian lama,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf itu, dia telah pun berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan penyakitnya tidak melarat dan memudaratkan.

Tambah Andi, doktor menasihatkan agar dia mempunyai rehat yang cukup, selain menghindarkan diri daripada terdedah dengan cuaca sejuk.

“Bukan itu sahaja, saya juga kawal pemakanan dengan tidak mengambil makanan atau minuman yang boleh memburukkan lagi kesihatan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE