Malam ini, ketiga-tiga artis tersebut akan memperkatakan tentang perkembangan karier seni mereka selain daripada kelahiran single masing-masing.

Untuk rekod, Azmarul muncul di persada seni tanah air selepas menyertai sebuah program realiti televisyen, Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) manakala Ilyka lebih dahulu menceburi dunia hiburan dan menyepi selama tujuh tahun selepas melahirkan single berjudul Sistematik pada tahun 2010 sebelum kembali aktif pada tahun 2017.

Delilah anak kelahiran Negeri Sembilan adalah bekas pramugari dan pembaca berita televisyen.

Beliau mempunyai imej yang tersendiri kerana walaupun berhijab, konsep nyanyiannya ialah rock moden.

Delilah mengakui muzik yang ditampilkannya bercorak keras dan pantas, sesuai dengan jiwanya yang menyukai gitar elektrik.

Menerusi single berjudul Anti Cinta, buat pertama kalinya, Delilah menjadi artis jemputan Jom Chat yang bersiaran secara live di Facebook Utusan Online, 9 malam ini.

Jom Chat malam ini ditaja oleh telefon pintar Oppo F11Pro. - UTUSAN ONLINE