Berdurasi selama satu jam, Jom Chat pukul 9 malam ini dapat ditonton secara live di Facebook Utusan Online yang mana cara untuk menontonnya amat mudah sekali.

Apa yang perlu para pelayar Utusan Online lakukan ialah daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like page dan anda akan dapat notifikasi apabila Jom Chat dengan Azlan Typewriter bersiaran secara langsung malam ini.

Azlan akan bercerita tentang single terbaharu beliau yang telah pun dimuat naik ke laman media sosial YouTube berjudul Kukuh.

Setakat ini, video lirik Kukuh diulang tonton sebanyak 3,150 kali.

Jom Chat dihoskan oleh Apak adalah segmen mingguan setiap Rabu dan salah satu konten yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton. - UTUSAN ONLINE