NABILA RAZALI

Jelasnya, setiap gimik harus dirancang dengan teliti supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak dan menjatuhkan nama seseorang artis semata-mata demi populariti.

“Kalau hendak cakap fasal tular ini, setiap apa yang kita hendak buat, kena fikir jauh. Kena rancang betul-betul. Jangan buat sesuatu yang boleh menjatuhkan nama kita sendiri.

“Saya bertuah kerana di belakang saya ada satu pasukan yang menjadi mata dan pemerhati pada setiap tindak tanduk. Malah, gimik sebelum ini pun dirancang dengan teliti,” katanya.

Nabila berkata demikian ketika menghadiri pengumuman program baharu radio Era FM, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE