Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ariz sudah ada ‘kawan baharu’

NURFARHANA MOHAMED



ARIZ akui sedang mengenali hati seorang wanita yang dikenali sejak beberapa bulan lalu.

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Penyanyi Ariz Forteen mengakui sedang mengenali seseorang sejak beberapa bulan yang lalu.


Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 28, memberitahu wanita itu pernah bekerjasama dengannya dalam sebuah drama.


“Saya selesa berkawan dengan dia dan sikap memahaminya buatkan hubungan kami lebih rapat.


“Kami kenal beberapa bulan yang lalu dan boleh dikatakan saya dan dia masih dalam fasa sedang mengenali hati budi masing-masing. Dia muda beberapa tahun daripada saya.


“Kalau boleh saya tak nak kongsikan lebih banyak lagi tentang ini sebab pengalaman hubungan lalu yang tak menjadi buatkan saya rasa perlu untuk tidak memberitahu dengan lebih lanjut,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.


Ariz ditemui ketika sesi fotografi bersama barisan pelakon yang tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-29 di Hotel Park Royal. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan