Menerusi jemputan yang dihantar hari ini, Anis yang popular dengan lagu Mengapa itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan, Aiman Rafzan atau nama sebenarnya, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35.


“Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi yang telah memudahkan segala urusan. Saya harap semua dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dan bakal suami.


“Ya, saya akan mengumumkan tarikh nikah minggu hadapan. Kita sama-sama doakan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal telah bertunang dengan Aiman Rafzan pada 24 Mac lalu.- UTUSAN ONLINE