Kongsi Alif, peluang yang diberikan NTV7 untuk mengendalikan It’s Alif! membuka lembaran baharu buat kerjayanya.

“Saya pernah mengendalikan program bual bicara, cuma belum pernah punya program milik sendiri, Jadi, ini kali pertama.

“Jujurnya memang saya seronok sebab dapat menonjolkan sesuatu yang berbeza buat penonton di luar sana dan satu cabaran yang perlu digalas sebaik mungkin,” katanya.

Tambahnya untuk setiap episod tidak ada topik khas yang akan dibincangkan tetapi artis jemputan yang hadir diprogramnya itu akan melalui pengalaman yang berbeza.

“Saya sudah bersetuju untuk meneruskan rancangan ini selama tiga musim.

“Memang saya mahu penonton melihat sesuatu yang baru. Jadi bila ada artis jemputan yang hadir kita tidak akan sekadar berborak kisah biasa tetapi sesuatu yang orang di luar sana juga akan seronok untuk menontonnya,” katanya.

Program bual biacara It’s Alif! disiarkan setiap Selasa pada jam 9.30 malam di saluran NTV7. - UTUSAN ONLINE