Buat pertama kalinya, Busking Bersama Buskers menampilkan persembahan solo instrumental, peniup alat muzik saksofon.

BUSKING BERSAMA BUSKERS
 

Berpengalaman selama 19 tahun bermain saksofon, Alif pernah mengadakan pelbagai persembahan dari persembahan diraja sehingga ke majlis perkahwinan pasangan artis dan selebriti serperti Yusry KRU dan Lisa Surihani, petang ini, Alif akan mengalunkan secara instrumental untuk santai di hari Jumaat.

Rekod peribadi persembahan yang pernah diadakan oleh Alif ialah persembahan instrumental solo pada Majlis Makan Mala Gala ASEAN SUMMIT Ke-27 bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada tahun 2015.

"Itu kenangan paling manis bagi saya kerana persembahan itu turut disaksikan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama," katanya.

Tidak pernah mendabik dada dengan pencapaian sebagai pemain saksofon, Alif pernah tampil mengiringi persembahan artis-artis nama besar seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Ramli Sarip, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Zainal Abidin dan ramai lagi.

Selain itu, Alif juga pernah mengadakan persembahan secara solo di The Haque, Netherlands, empat tahun yang lalu. - UTUSAN ONLINE