Krishnaraj Rai merupakan seorang pakar biologi tentera telah sekian lama menghidap kanser berkenaan dan sering berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sejak Januari lalu, kesihatannya makin merosot lalu mendorong Aishwarya dan suaminya, Abhishek Bachchan banyak menghabiskan masa di rumah keluarganya di Mumbai.

Bagaimanapun pada awal Mac lalu, bapanya terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir di situ di sisi Aishwarya serta ahli keluarga lain.

Mayat Krishnaraj dikebumikan di Vile Parle Seva Sansthan Shamshan Bhoomi, Mumbai dan dihadiri puluhan selebriti termasuk besannya, Amitabh Bachchan, Shahrukh Khan dan Sonali Bendre - UTUSAN ONLINE