Dalam video yang disebarkan oleh seorang lelaki yang didakwa sebagai bekas teman lelaki Tun Nadia itu, turut memaparkan wanita itu sedang menggunakan bahan terlarang.

“Sebenarnya video itu sudah diberitahu saya lebih awal oleh Tun Nadia sendiri. Sebabnya ia berlaku empat tahun lepas. Sebab itu saya tidak terkejut bila tular.

“Ketika ini kami berdua sudahpun membuat laporan polis mengenainya dan apa yang boleh saya kata Tun Nadia kini sudah “bersih”,”katanya kepada Utusan Online.

Berkongsi berita gembira, Ainol turut memberitahu dia dan wanita itu juga akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“InsyaAllah saya akan mendirikan rumah tangga dengan dia.

“Jika tiada apa-apa mungkin tahun ini juga,”katanya.-UTUSAN ONLINE