Ketiga-tiga artis ini bergabung untuk melakukan kerja amal kerana inilah usaha dan daya mereka sebagai artis untuk membuat amal kebajikan.

Pesakit kanser darah yang berusia empat tahun, adik Ahmad Hazrat Rayyan memerlukan rawatan yang kosnya dianggarkan mencecah RM4,000 sebulan yang mana, jika dikira secara purata, setahun anak kecil ini memerlukan RM48,000.

Doktor yang merawat adik Ahmad Hazrat menyasarkan, tempoh rawatan selama tiga tahun yang perlu dijalani oleh adik comel ini mencecah RM144,000 dan pastinya kedua ibu bapanya tidak mampu untuk menampung kos perubatan tersebut.

Manakala bantuan yang dihulurkan untuk meringankan kos perubatan bekas vokalis Putra Band, Muhammad Haziq Hasbullah yang pada mengalami kerosakan pada sarat kakinya ekoran kemalangan jalan raya yang menimpa anak muda yang berusia 21 tahun ini.

Kakinya nyaris dipotong kerana urat sarafnya tidak berfungsi.

Menerusi projek CSR AFI Permata Kasih Untukmu, kerjasama Aiman Tino, Izzmad Harun dan Farah Hezel akan diberikan pencerahan secara live malam ini.

Jom Chat yang dihoskan oleh Apak dapat ditonton di Facebook Utusan Online. - UTUSAN ONLINE