Menurut Aiman, dia sendiri tahu berkenaan perkara itu dan tidak kisah apatah lagi memang terdapat wajah seiras tanpa diketahui di dunia ini.

“Mula-mula dapat tahu, memang saya tergelak. Bagi saya ini sesuatu yang kelakar dan tidak apa yang perlu dirisaukan,” katanya.

Tambah Aiman, buat masa ini, dia tidak berhasrat untuk bertemu dengannya biarpun ada komen yang memintanya berbuat demikian.

Ditanya mengenai komen yang mengkritik gadis itu sehingga ada yang mengeluarkan perkataan bodoh, jelas Aiman itu adalah perkara yang tidak patut.

“Buat apa nak marah dia dan keluarkan ayat-ayat yang tidak baik. Itu tidak patut dan saya kesian dengan dia.

“Kalau setakat bergurau saya tidak ada masalah tetapi kalau dah sampai mengutuk, pastinya tidak elok,” katanya. - UTUSAN ONLINE.